Scope of Duties

Pengerusi :

1.Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.

2.Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

3.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

Naib Pengerusi :

1.Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

2.Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

3.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

Setiausaha :

1.Menguruskan hal-hal surat menyurat.

2.Mencatat kedatangan dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.

3.Mencatat kehadiran ahli.

4.Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

5.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

Penolong Setiausaha :

1.Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.

2.Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

3.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

Bendahari :

1.Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan

2.Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

3.Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.

4.Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

5.Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

6.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

Penolong Bendahari :

1.Membantu Bendahari dalam tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

2.Menjalankan tugas Bendahari semasa ketiadaan Bendahari.

 

Ketua Kebersihan :

1.Memastikan kebersihan tempat perjumpaan gotong-royong.

 

Ketua Projek Hijau :

1.Menguruskan kawasan hijau persatuan.

 

Ketua Papan Kenyataan :

1.Menghiaskan papan kenyataan.

 

Pengurus Blog :

1.Mengemaskini blog selepas setiap aktiviti dijalankan.

 

Wakil :

1.Mengutip kad hijau sebelum aktiviti bermula.

 

This site is protected by Comment SPAM Wiper.